Klik Dengan Bijak Apa Itu Phishing

27 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2020 pada hari isnin, Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan siaran langsung di halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai mengenai “Klik Dengan Bijak Apa Itu Phishing”.

Siaran langsung ini mengunakan laman web Streamyard yang dihubungkan terus ke halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Niah Suai. Siaran langsung di halaman Facebook ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang bahaya laman web palsu. Antara pengisian yang terdapat dalam aktiviti ini adalah, penonton didedahkan bagaimana mengesan emel/sms yang berunsur penipuan dan berpotensi membawa mangsa ke laman web palsu. Selain daripada itu juga, Staff yang memberikan ucapan juga turut mendedahkan cara/tips keselamatan siber untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan laman web palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali